Tuesday, 8 April 2014

Mengapa harus berbekam??

Berbekam adalah suatu proses membuang darah kotor (toksin / racun) yang berbahaya dari dalam tubuh badan melalui permukaan kulit. Toksin adalah endapat racun / zat kimia yang tidak dapat diurai oleh tubuh manusia.

Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan. Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru yang mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh.

Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat dan kesannya akan mengganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal, hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik. Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.

Dengan ringkasan di atas, dapatlah disimpulkan keharusan berbekam kepada kita yang mana ia dapat mencegah tubuh badan kita daripada menjurus kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti diabetes (kencing manis), darah tinggi, migraine dan sebagainya.

Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihal walafiat dengan cara berusaha mencegah dan berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan agar mudah beribadat kepada-Nya. InsyaAllah..

"Kaedah bekam moden yang selamat, tiada kesan sampingan, tiada kesan luka, tidak berparut, hampir tiada kesakitan dan sangat berkesan".

No comments:

Post a Comment