Tuesday, 8 April 2014

Mengapa harus berbekam??

Berbekam adalah suatu proses membuang darah kotor (toksin / racun) yang berbahaya dari dalam tubuh badan melalui permukaan kulit. Toksin adalah endapat racun / zat kimia yang tidak dapat diurai oleh tubuh manusia.

Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan. Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru yang mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh.

Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat dan kesannya akan mengganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal, hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik. Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.

Dengan ringkasan di atas, dapatlah disimpulkan keharusan berbekam kepada kita yang mana ia dapat mencegah tubuh badan kita daripada menjurus kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti diabetes (kencing manis), darah tinggi, migraine dan sebagainya.

Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihal walafiat dengan cara berusaha mencegah dan berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan agar mudah beribadat kepada-Nya. InsyaAllah..

"Kaedah bekam moden yang selamat, tiada kesan sampingan, tiada kesan luka, tidak berparut, hampir tiada kesakitan dan sangat berkesan".

Penyakit yang boleh dirawat dengan berbekam

Antaranya ialah:

1) Sakit kepala

2) Migraine

3) Tekanan / stress

4) Sakit belakang

5) Sakit pinggang

6) Sakit sendi

7) Lemah badan

8) Darah tinggi

9) Diabetes

10) Sakit jantung

11) Angin ahmar

12) Mata kabur

13) Katarak

14) Sakit urat

15) Sakit angin

16) Bengkak-bengkak badan

17) Lenguh-lenguh badan

18) Kebas-kebas

19) Gout

20) Resdung

21) Jerawat

22) Sinusitis

23) Sakit leher

24) Sakit kaki

25) Kembung perut

26) Batuk

27) Asma / masalah paru-paru

28) Kolesterol tinggi

29) Sakit gigi

30) Kejang otot

31) Gatal-gatal

32) Sembelit

dan lain-lain...

Sunday, 23 March 2014

Pengertian Bekam

Aiman bin ’Abdul Fattah (2005:230) menjelaskan bahwa bekam atau Al-Hijamah berasal dari bahasa Arab iaitu hajama, yang bererti menghisap dan hijama yang ertinya pelepasan darah kotor. Kata kerjanya adalah hajama-yahjimu-yahjumu. Al-Hajam adalah orang yang menghisap lubang alat bekam. Mihjam dan mihjamah artinya alat bekam, alat untuk menghisap darah, untuk mengumpulkan darah, mahupun untuk menyayat dalam proses pembekaman.

Bekam darah

Dalam Bahasa Inggeris, Al-Hijamah disebut dengan istilah treatment cupping method, dan dalam Bahasa Melayu dikenal pula dengan istilah bekam

Teknik pengubatan bekam adalah suatu proses membuang darah kotor (toksid/racun) dalam tubuh yang berbahaya melalui permukaan kulit dengan pisau penyayat atau jarum (lancet) di titik-titik tertentu.

Bekam dalam tinjauan sejarah...

Pengubatan secara islami yang berdasarkan sunnah rasul dikenal dengan istilah thibun nabawi. Berbagai macam jenis pengubatan dari rasulullah telah dikenal luas manfaatnya. Hal ini senantiasa dilakukan semata-mata tidak hanya ingin sembuh dari suatu penyakit, namun meneladani rasulullah Muhammad Saw. Sehingga ikhtiar seorang muslim akan diredhai oleh Allah Swt. Salah satu pengubatan cara rasul adalah al-hijamah yang bererti bekam. Berbekam sendiri telah dilakukan oleh orang-orang sebelum Islam datang ke muka bumi. Hal ini dijelaskan oleh Kathur Suhardi dan Aminah Syafa’ah dalam bukunya “Uraian Kode Anatomi Hijamah: Titik-Titik Bekam” bahawa kaedah bekam telah dikenal luas di kalangan manusia sejak beberapa abad lalu dan telah telah tertulis di sebuah Prasasti Burdi yang didalamnya adalah orang-orang Mesir Kuno. Prasasti ini menunjukkan bahwa kaedah bekam merupakan pengubatan paling tua yang tercatat dalam sejarah. Kaedah pengubatan ini juga sudah banyak dikenal oleh orang-orang Yunani Kuno, malahan sejak zaman Hipocrates, sekitar tahun 400 BC.

Di negara Cina, India, Eropah dan Amerika, kaedah pengubatan bekam telah popular, sehingga memiliki keistimewaan dari kaedah-kaedah yang lain. Cara ini bahkan mendapat kedudukan sendiri dalam berbagai jurnal ilmiah pada pertengahan abad kesembilan belas Masihi.

Kaedah ini menitikberatkan pada darah dalam tubuh manusia, kerana darah sangat penting dalam proses kesihatan. Hal ini telah terbukti khasiatnya dalam mengubati berbagai macam penyakit. Bangsa Arab pada zaman jahiliyah pun sudah menggunakan kaedah ini, malahan pada zaman Rasulullah Saw telah mengakui keberkesanannya sehingga menganjurkan umatnya untuk mempraktikannya dalam kehidupan.